MBM terima permohonan maaf Syed Saddiq - Utusan Malaysia

MBM terima permohonan maaf Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima pernyataan maaf secara rasmi daripada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung isu ‘macai politik’ yang dikaitkan dengan pertubuhan belia sebelum ini.

AHMAD SAPARUDIN
AHMAD SAPARUDIN

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusuf berkata, pihaknya juga menerima penjelasan mengenainya dengan hati terbuka dan berterima kasih atas teguran menteri itu agar MBM menjadi organisasi yang memperjuangkan isu masyarakat secara keseluruhannya.

“MBM juga memaklumkan terdapat juga kekhilafan dalam tindakan MBM yang perlu diperbetulkan. Ini merujuk kepada sokongan terbuka MBM kepada parti politik yang menyebabkan rasa kurang senang dan salah tanggapan masyarakat kepada peranan pertubuhan belia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Saddiq hari ini memohon maaf berikutan tindakannya melabelkan beberapa persatuan belia sebagai ‘macai politik’, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, gelaran itu hanya ditujukan kepada persatuan yang secara terbuka menyokong parti politik terutamanya ketika musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN