PETALING JAYA – Seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan satu mayat yang terapung sewaktu sedang memancing bersama keluarganya di Sungai Klang, Kampung Semarak, PJS 3, dekat sini hari ini. Pemancing, Mohamad Razali Mohamad Zin, 59, berkata, sewaktu kejadian, dia pergi ke sungai berkenaan bersama tiga anaknya sekitar pukul 8 pagi untuk memancing ikan patin. “Sewaktu memancing, tali pancing saya tersangkut pada plastik sampah yang terapung lalu dibawa ke tebing sungai. “Apabila…








