Mayat reput pasangan warga emas terbaring bersebelahan - Utusan Malaysia

Mayat reput pasangan warga emas terbaring bersebelahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING 16 Ogos – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Jalan Kenari, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, dekat sini malam tadi.

KEDIAMAN suami isteri warga emas yang ditemukan sudah meninggal dunia dalam keadaan mereput dan bera
KEDIAMAN suami isteri warga emas yang ditemukan sudah meninggal dunia dalam keadaan mereput dan berair di Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, di Mersing, Johor, malam tadi.-UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, mayat A. Wahab Yusof, 72, dan Nilam Ibrahim, 70, ditemui kira-kira 11.50 malam oleh anggota Balai Polis Sungai Ambat yang memecah masuk rumah tersebut.

Katanya, polis menerima panggilan telefon daripada jiran mangsa memaklumkan terdapat bau busuk yang kuat dari dalam rumah pasangan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah menerima maklumat tersebut, polis hadir ke tempat kejadian dan menemukan mayat pasangan itu yang berpakaian lengkap dalam keadaan membusuk selepas memecah masuk ke dalam rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Cyril berkata, mayat Nilam ditemukan berada di atas katil manakala mayat A. Wahab pula terbaring atas lantai bersebelahan katil tersebut dalam keadaan mereput dan berair.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian pasangan itu, namun, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. – UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN