Mayat mangsa tetakan ditemui di dalam kebun - Utusan Malaysia

Mayat mangsa tetakan ditemui di dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan badan ditemui ditinggalkan dalam kawasan kebun di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Alor Pasir, Tok Uban di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, mayat lelaki berusia lingkungan 20-an yang masih belum disahkan identiti itu ditemui oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, sebaik menerima laporan pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki di dalam kawasan kebun di belakang sebuah rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati terdapat luka di kepala, muka, jari tangan dan betis mangsa dipercayai ditetak. Setakat ini kita sedang menyiasat identitinya dan percaya mangsa dibunuh lalu ditinggalkan di lokasi kejadian.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN