PASIR MAS – Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan badan ditemui ditinggalkan dalam kawasan kebun di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Alor Pasir, Tok Uban di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, mayat lelaki berusia lingkungan 20-an yang masih belum disahkan identiti itu ditemui oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner…










