KUALA KANGSAR 6 Julai – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan kembung dan tanpa pakaian di Sungai Perak berhampiran Kampung Jeti Semat di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd. Taufiq Abd. Sattar berkata, mangsa yang belum diketahui identitinya itu dijumpai orang awam sebelum menghubungi pihak polis. Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dihantar ke lokasi kejadian untuk mengangkat mayat…









