KUALA LUMPUR 26 Ogos- Mayat dua beranak yang dipercayai lemas selepas terjatuh ketika memancing di Sungai Langat berhampiran Taman Bangi Perdana pagi tadi ditemukan sebentar tadi. Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mayat mangsa pertama, Roslan Ismail, 49, ditemukan kira-kira pukul 1.52 petang tadi manakala mayat anaknya, Ahmad Azri, 18, ditemukan pada pukul 2.20 petang. “Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di…










