KUALA LUMPUR 28 Ogos – Ketika filem Dukun ditayangkan di pawagam beberapa bulan lalu, nama pelakon utama filem itu, Datin Seri Umie Aida menjadi bahan perbualan sebilangan besar wartawan hiburan dan pengkritik filem Melayu. Lakonan Umie sebagai Diana Dahalan disifatkan sebagai sangat cemerlang dan nama pelakon berkenaan seharusnya ditabalkan sebagai pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM) akan datang. Namun, apabila filem Munafik 2 dipertontonkan kepada pengamal…










