Maut jatuh bangunan pada pagi raya - Utusan Malaysia

Maut jatuh bangunan pada pagi raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tatkala umat Islam sibuk menyambut Hari Raya Aidiladha, luluh hati seorang ibu apabila menemui jasad anaknya terbujur kaku selepas terjatuh dari tingkat 13 Apartmen Mutiara Magna, Kepong di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Izham Yusof, 25, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Kosmo! difahamkan, dua beranak itu tinggal di Desa Rejang, Setapak di sini, namun kelmarin mangsa mengajak ibunya untuk ke apartmen tersebut atas alasan sudah lama tidak berkunjung ke sana.

Mangsa merupakan anak tunggal dan mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul berkata, hasil siasatan mendapati pada pukul 8 pagi ibu mang­sa yang sedang membuat persiapan sarapan pagi di dapur ternampak kelibat anaknya duduk di atas tebing konkrit koridor dalam keadaan muka dan badan menghadap ke luar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN