PULAU PINANG 26 Ogos – Seorang lelaki warga Thailand maut dipercayai selepas ditikam dengan sebilah pisau kecil oleh isterinya dalam satu pergaduhan di Gat Lebuh Chulia di sini, kira-kira pukul 10.18 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, siasatan awal setakat ini mendapati, pergaduhan itu adalah bermotifkan wang.
Katanya, seramai 14 saksi kejadian telah dibawa balik ke ibu pejabat polis (IPD) Timur Laut di sini malam tadi untuk disoal siasat dan tujuh daripada mereka yang kesemuanya lelaki warga Thailand telah ditahan.
“Kesemua yang ditahan (termasuk suspek utama iaitu isteri tertuduh) akan direman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen,” katanya yang memberitahu, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.-UTUSAN ONLINE











