MATTA Fair Perak sasar jualan RM42 juta - Utusan Malaysia

MATTA Fair Perak sasar jualan RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 27 Ogos – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Perak menyasarkan jualan pakej pelancongan berjumlah RM42 juta pada MATTA Fair Perak yang akan berlangsung di Aeon Big Falim pada 7 hingga 9 September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi MATTA Perak, Chong Yu Ken berkata, sebanyak 104 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar Perak akan menyertai pameran selama tiga hari itu.

Katanya, dijangka lebih 35,000 pengunjung akan hadir pada pameran pelancongan tersebut.

“Pameran kali ini berbeza berbanding sebelum ini yang mana pertama kali ia diadakan di Aeon Big Falim yang menawarkan tempat yang lebih luas dan selesa.

“Dengan ruang pameran yang luas ini, agensi pelancongan yang mengambil bahagian boleh mereka bentuk pavilion agar menarik perhatian pengunjung dalam memasarkan pakej pelancongan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat MATTA Perak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini