Mat Sabu enggan komen pendedahan Rafizi - Utusan Malaysia

Mat Sabu enggan komen pendedahan Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 17 Ogos – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang pegawai kanannya disiasat kerana menerima RM800,000 enggan mengulas tindakan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bukti transaksi wang yang diterima pegawai terbabit.

Mohamad yang juga Presiden Amanah ketika ditemui hari ini enggan menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu tersebut dan segera menamatkan sesi bersama media apabila perkara ber­kenaan dibangkitkan.

“Tak apa, tak mahu jawab yang itu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Rafizi selepas mengadakan lawatan lokasi hutan tanah gambut yang terbakar di Johan Setia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin, Rafizi mendakwa beliau mempunyai dokumen bagi mengesahkan bayaran meragukan berjumlah RM800,000 di­terima pegawai kanan Mohamad yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut calon Timbalan Presi­den PKR tersebut, dokumen ber­kenaan juga mengesahkan bahawa status muflis orang kuat Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu akan diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN