MASJID baharu yang dibina menyerupai model Masjidilharam, Mekah bernilai lebih RM23 juta di Gua Musang, Kelantan bakal menjadi mercu tanda baharu untuk menarik pelancong ke negeri ini. Pembinaan masjid yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di atas tanah berkeluasan 1.5 hektar itu dijangka mampu menampung sehingga 5,000 jemaah. Keunikan masjid berkenaan bukan sahaja besar tetapi tertumpu kepada rekaan warna, jubin dan hiasan luar termasuklah sembilan menara…










