PULAU PINANG 26 Ogos – Meskipun masih belum berjalan, Projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL-1) dan SRS berkaitan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dikatakan tetap mengundang kebimbangan dalam kalangan pelbagai pihak. Projek itu juga terus mendapat bantahan khususnya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung risiko terhadap alam sekitar serta orang awam termasuk kumpulan penduduk yang dijangka terjejas akibat projek tersebut. Berikutan itu, Penang Forum telah mengutus sepucuk…










