Marquez sedia terima kehadiran Lorenzo - Utusan Malaysia

Marquez sedia terima kehadiran Lorenzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez memuji tindakan pihak pengurusan pasukan itu mendapatkan khidmat juara dunia lima kali yang kini bersama Ducati, Jorge Lorenzo bagi saingan musim depan.

Pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Austria yang berlangsung di Red Bull Ring kelmarin, Lorenzo membuktikan kemampuannya apabila mengetepikan cabaran Marquez bagi memenangi perlumbaan tersebut.

Justeru, Marquez gembira memandangkan dia tidak perlu lagi bersaing dengan Lorenzo pada musim depan kerana mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nasib baik Lorenzo tidak lagi bersama Ducati tahun depan. Honda melakukan keputusan yang sangat tepat kerana saya yakin dia mampu memenangi kejuaraan bersama jentera kami, bukannya dengan pasukan lain.

“Saya tidak sabar untuk menantikan saingan musim depan kerana ia bakal menjanjikan aksi menarik. Apa yang pasti, dia mampu menjadi pelumba lebih pantas de­ngan menunggang jentera Honda,” kata Marquez.

Pelumba Sepanyol itu juga dilihat semakin sukar digugat pada saingan musim ini apabila mendahului carta kejuaraan dengan perbezaan mata yang agak besar berbanding pencabar terdekat dari pasukan Mo­vistar Yamaha, Valentino Rossi.

“Saya gembira dengan perbezaan mata sekarang kerana ia berikan kelebihan kepada saya, lebih-lebih lagi Rossi adalah pelumba yang hebat. Bagaimanapun, saya tidak boleh leka kerana saingan musim ini masih belum tamat,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN