Mara di bawah Azmin atau Sivarasa? - Utusan Malaysia

Mara di bawah Azmin atau Sivarasa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, R. Sivarasa pula merasmikan program anjuran agensi kerajaan itu.

KUALA LUMPUR 14 OGOS 2018 - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar
Sivarasa

Portal Malaysia Gazette melaporkan pengesahan yang dibuat oleh Azmin yang mengetuai kementerian itu sekaligus menamatkan teka teki dan dakwaan bahawa institusi itu bakal dipecah-pecahkan di bawah beberapa kementerian.

“Jadi tidak timbul Mara dipecahkan kepada beberapa kementerian dan saya berharap YB dapat memberikan penerangan kepada rakan-rakan yang masih belum dapat pencerahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pokoknya ialah Mara tidak dipecah-pecahkan atau diistilah yang digunakan Pontian diracik-racikkan. Mara di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Sivarasa yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar bertindak seolah-olah Mara di bawah kementeriannya apabila ketika merasmikan Simposium Aeroangkasa Antarabangsa Mara-Naico 2018 mengumumkan agensi berkenaan bersedia menjadi pene­raju menyediakan tenaga kerja mahir dalam industri ae­­ro­angkasa.

Sivarasa berkata, langkah ter­sebut selaras dengan objektif Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang mahu menja­dikan Malaysia sebagai se­bu­ah negara ae­roangkasa terkemuka di Asia Tenggara.

“Dengan pelbagai latihan kemahiran yang kita ada, Mara bersedia untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang ini dan men­jadi rakan kongsi aeroangkasa u­tama di Asia Tenggara.

“Mara sebagai sebuah institusi badan berkanun yang menjadikan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan sebagai perniagaan utamanya turut tidak ke­tinggalan untuk menjadi pene­raju dalam menyediakan 30 peratus daripada tenaga kerja mahir di negara ini dalam bidang tersebut,” katanya.

Sivarasa sebelum ini mengadakan lawatan bagi mendapatkan taklimat tentang Mara sebaik sahaja dilantik sebagai timbalan menteri dan situasi itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan kaum bumiputera.

Mengulas lanjut Azmin berkata, gambaran yang dibuat bahawa kerajaan Pakatan Harapan dipecahkan kepada beberapa kementerian yang berniat tidak sihat yang cuba dilakukan oleh Parit Sulong untuk menimbulkan keresahan di luar sana.

Kementerian yang baharu ini, kata Ahli Parlimen Gombak itu berfungsi sebagai merancang dengan baik ekonomi negara untuk tempoh jangka pendek dan panjang dan salah satunya adalah Mara khusus berkait rapat dengan bumiputera.

“Memang benar Mara sebelum ini di bawah KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) namun sebaik sahaja rakyat memberikan mandat begitu besar kepada Pakatan Harapan dengan tujuan melakukan demokrasi secara total maka antara langkah utama adalah untuk memperkenalkan sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Hal Ehwal ekonomi yang bertanggungjawab untuk merancang menggubal jangka pendek dan jangka panjang ekonomi negara Malaysia.

“Antara yang dicadangkan Perdana Menteri untuk menyatukan oleh beberapa agensi penting ini bagi mengangkat sosio ekonomi Melayu Bumiputera di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN