Mara bersedia jadi peneraju lahir tenaga mahir industri aeroangkasa - Utusan Malaysia

Mara bersedia jadi peneraju lahir tenaga mahir industri aeroangkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersedia menjadi pene­raju menyediakan tenaga kerja mahir dalam industri ae­­ro­angkasa yang semakin berkembang menerusi pelbagai latihan kemahiran yang disediakan oleh agensi berkenaan.

R. SIVARASA
R. SIVARASA

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Ban­dar, R. Sivarasa berkata, langkah ter­sebut selaras dengan objektif Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang mahu menja­dikan Malaysia sebagai se­bu­ah negara ae­roangkasa terkemuka di Asia Tenggara.

“Dengan pelbagai latihan kemahiran yang kita ada, Mara bersedia untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang ini dan men­jadi rakan kongsi aeroangkasa u­tama di Asia Tenggara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mara sebagai sebuah institusi badan berkanun yang menjadikan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan sebagai perniagaan utamanya turut tidak ke­tinggalan untuk menjadi pene­raju dalam menyediakan 30 peratus daripada tenaga kerja mahir di negara ini dalam bidang tersebut,” katanya selepas merasmikan Simposium Aeroangkasa Antarabangsa Mara-Naico 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN