PUTRAJAYA – Pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, pemansuhan itu bukan satu tindakan tergesa-gesa sepertimana dakwaan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebaliknya dibuat kerana kerajaan berpandangan perundangan sedia ada sudah memadai untuk menangani masalah berita palsu.…










