BATU GAJAH 23 Ogos – Selepas 24 jam hilang ketika berenang di sebuah lombong berhampiran Kampung Pisang di sini semalam, seorang lelaki S. Ravikumar, 29, akhirnya ditemukan mati lemas hari ini. Mayat ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 5.35 petang kira-kira sembilan meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima…










