Mangsa kemalangan Jalan Gua Musang-Kuala Krai meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mangsa kemalangan Jalan Gua Musang-Kuala Krai meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai bersama tiga lagi ahli keluarganya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Krai, petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa, Muhammad Faiziel Mohammad Rusdi, 27, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Katanya, mangsa dihantar ke hospital berkenaan selepas menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi tadi, kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki empat sekeluarga terbabas ke dalam cerun lalu melanggar tiang elektrik di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.

Akibat kemalangan seorang wanita, Maslan Hassan, 55, yang berada di tempat duduk belakang bersama anak perempuannya, Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi anaknya, Muhammad Faiziel yang memandu kenderaan terbabit cedera parah dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai.

Seorang lagi anak perempuan Maslan yang berada di tempat duduk belakang, Nur Farrah Ezlyn, 22, patah tangan kiri.

Keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Damansara, Kuala Lumpur untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Rekang Hilir, Jelawat, Bachok. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN