SUGIAN, Indonesia – Agensi bantuan Indonesia dan pegawai kerajaan masih bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa selepas siri gempa bumi kuat yang menggegarkan pulau Lombok di sini semalam. Lombok yang terkenal dengan kecantikan pemandangan berhampiran pulau pelancongan Bali itu dilanda dua gempa bumi kuat pada 29 Julai dan 5 Ogos lalu. Kawasan itu sekali lagi digegarkan pada Ahad lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh menyebabkan pihak berkuasa tidak menolak angka kematian mungkin meningkat.…










