Mana pejuang alam sekitar? - Utusan Malaysia

Mana pejuang alam sekitar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Sebelum ini, begitu ramai pejuang atau aktivis membuat pendedahan kepincangan pentadbiran kerajaan peringkat negeri dan Pusat sehingga merosakkan sungai dan alam sekitar.

Selepas kerajaan Pusat dan kebanyakan negeri bertukar, pejuang dan aktivis alam sekitar ini seolah-olah sudah ‘pupus’ dan tidak lagi mendengar khabar berita daripada mereka.

Namun, masalah seperti import sampah kitar semula dan pencemaran sungai masih berlaku tetapi mengharapkan akhbar dan portal berita membuat pendedahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya harap pejuang atau aktivis yang sudah mendapat ‘lantikan politik’ tidak menjual maruah diri dan mengabaikan perjuangan menjaga alam sekitar selepas mendapat imbuhan besar.

Kepada siapa lagi rakyat mahu mengharapkan perjuangan murni ini sedangkan ahli politik masih sibuk dengan drama politik tanpa henti.

PENCINTA SUNGAI

Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini