ASIA TENGGARA mempunyai lebih daripada 330 juta pengguna internet dan ramai penyelidik ekonomi berpendapat bahawa sektor e-dagang di rantau ini sekarang berada di landasan untuk menjadi industri utama pada tahun-tahun mendatang. Satu kajian oleh Google menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi internet Asia Tenggara telah melebihi jangkaan dan mencapai RM200 bilion pada 2017, melebihi jangkaan pertumbuhan awal sebanyak 35 peratus. Satu kajian terdahulu oleh Google menganggarkan bahawa sekitar 3.8 juta pengguna baharu…










