PALEMBANG, Indonesia – Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara mengalami kekalahan pertama pada Sukan Asia 2018 selepas ditundukkan oleh Bahrain 2-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang malam tadi. Seperti dijangka, pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee merombak kesebelasan utama dengan melakukan lapan pertukaran berbanding ketika Malaysia mencatat kemenangan bersejarah ke atas Korea Selatan minggu lalu. Skuad muda Harimau Malaya terlebih dahulu menembusi gawang…










