PUTRAJAYA 15 Ogos – Malaysia menyampaikan sumbangan sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir dan strok haba di Jepun baru-baru ini. Majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa-mangsa berkenaan disempurnakan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa di Wisma Putra di sini hari ini. Menurut Saifuddin, kerajaan Malaysia menzahirkan rasa simpati dan takziah terhadap ahli keluarga mangsa-mangsa di kawasan tengah dan barat daya Jepun…










