Malaysia bakal hadapi krisis ekonomi - Utusan Malaysia

Malaysia bakal hadapi krisis ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan kebimbangannya berhubung penyusutan nilai ringgit yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas kerana hampir kebanyakan bahan makanan asas diimport.

Katanya, keadaan itu akan menambah bebanan kos sara hidup kepada rakyat kerana negara bakal menghadapi krisis ekonomi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna terpaksa membeli dengan harga yang mahal dan kalau kita tak mempunyai ‘Food Security System’ yang kukuh, rakyat akan terdedah kepada perkara baharu iaitu harga barang makanan akan naik dengan mendadak kalau tak dikawal dari sekarang. 

“Saya rasa kerajaan perlu beri perhatian kepada hal ini kerana ini serius,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh juga percaya kerajaan baharu akan berusaha sebaik mungkin agar negara tidak bankrap dengan bebanan hutang RM51 bilion yang ditanggung ketika ini.

Katanya, hutang yang dipinjam secara langsung dan jaminan yang dibuat itu akan memberi kesan yang tidak baik dari segi perniagaan serta pelaburan. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN