MEMANG fitrah manusia mahukan kebebasan. Ibarat burung yang mahu terbang bebas dan hinggap di mana-mana dahan yang disukai. Tetapi manusia ialah makhluk yang diberikan akal untuk berfikir. Diberikan ilmu untuk mendapatkan panduan. Diberi nafsu untuk dijinakkan supaya amalan berlaku dalam keadaan baik. Kebebasan dalam tradisi Islam berkait dengan adab. Adab kata setengah ilmuwan adalah disiplin akal, disiplin hati dan disiplin amal. Disiplin akal memandu seseorang berfikir dengan baik dan mendatangkan…










