PULAU PINANG 13 Ogos – Seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang seusia dengannya, Nor Faris Haikal Norhisyam, 8, gemar bermain bola sepak, menonton televisyen serta mengimpikan untuk menjadi seorang anggota bomba sejak kecil. Sejak kecil juga, anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan amat menggemari jentera bomba dan bunyi siren daripada kenderaan tersebut. Kegembiraan Nor Faris Haikal bagaimanapun bagaikan terhenti seketika apabila dia didiagnosis dengan penyakit tumor otak sejak September tahun…










