Majlis Penasihat Kerajaan terus kekal - Tun M - Utusan Malaysia

Majlis Penasihat Kerajaan terus kekal – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini terus mempertahankan fungsi dan peranan Majlis Penasihat Kerajaan dalam membantu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinannya.

Jelas Dr. Mahathir, beliau setakat ini tidak membuat sebarang keputusan untuk membubarkan majlis tersebut yang turut dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Tambahnya, Majlis Penasihat Kerajaan masih diperlukan untuk membantu dalam melicinkan pentadbiran negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pernah kata Majlis Penasihat Kerajaan akan dibubarkan selepas tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga tidak membuat apa-apa keputusan.

“Mereka (anggota Majlis Penasihat Kerajaan) mungkin fikir ia perlu dibubarkan, tetapi kita akan kekalkannya sehingga banyak masalah berjaya diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian hospital pakar swasta Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN