KOTA BHARU 28 Ogos – Masalah sosial terutama dalam kalangan generasi muda di negeri ini akan menjadi tumpuan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan dalam tempoh dua tahun ini. Pengerusi MAIM Kelantan, Dr Mohamad Hamzah berkata, sebagai sebuah badan gabungan yang mengkordinasi gerak kerja badan bukan kerajaan (NGO) Islam, pihaknya akan menggembeleng segala kepakaran dan kekuatan menghadapi isu seperti penagihan dadah, air ketum dan pembuangan bayi. Beliau berkata, terdapat lebih…










