KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Jumaat ini bagi mendengar permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis. Menurut Muhammad Shafee, kedua-dua pihak…