Mahkamah Indonesia tolak cubaan hentikan pembinaan loji arang batu - Utusan Malaysia

Mahkamah Indonesia tolak cubaan hentikan pembinaan loji arang batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Ogos – Mahkamah Indonesia menolak tuntutan undang-undang dikemukakan oleh penduduk Bali yang cuba menghentikan pembinaan sebuah loji tenaga arang batu, menurut kumpulan alam sekitar Greenpeace hari ini.

Tiga penduduk yang tinggal berhampiran dengan loji janakuasa Celukan Bawang, kira-kira 120 kilometer dari Bali, mahu pembinaan itu dihentikan ekoran kebimbangan terhadap masalah pencemaran.

“Hakim hanya melihat perspektif mereka. Kami amat sedih dengan keputusan itu,” kata jurukempen tenaga dan iklim Greenpeace Indonesia, Didit Wicaksono.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembinaan itu akan menyebabkan berlakunya peningkatan pencemaran air dan udara, merosakkan tanaman serta memberi kesan terhadap hidupan liar di taman negara berhampiran. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN