Mahkamah Indonesia gugur dakwaan terhadap remaja wanita - Utusan Malaysia

Mahkamah Indonesia gugur dakwaan terhadap remaja wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Ogos – Seorang remaja wanita berusia 15 tahun yang sebelum ini dihukum penjara selama enam bulan kerana menggugurkan kandungannya selepas dirogol oleh abang kandungnya sendiri telah dibebaskan daripada sebarang dakwaan oleh Mahkamah Tinggi negara itu.

“Remaja berkenaan telah dibebaskan daripada sebarang dakwaan.

“Kelmarin, hakim memutuskan walaupun dia menggugurkan kandungannya tetapi keadaan yang memaksanya berbuat demikian dan dia juga dirogol oleh abang kandungnya,” ujar jurucakap Mahkamah Tinggi di wilayah Jambi, kepulauan Sumatra, Hasoloan Sianturi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Hasoloan, ibu kepada remaja terbabit sedang disiasat sama ada membantunya menggugurkan kandungan.

Sementara itu, abang kandung kepada remaja tersebut dikenakan hukuman penjara selama dua tahun kerana melakukan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini