KUALA LUMPUR 3 Ogos – Hari ni, dunia seni tanah air dikejutkan dengan pemergian ikon pengacaraan, Datuk Mahadzir Lokman yang menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi. Pemergiannya sungguh tidak disangka dan mengundang hiba seluruh peminatnya. Kredibiliti serta aura seorang pengacara versatil semestinya akan terus kekal dalam ingatan setiap daripada kita. Utusan Online menghimpunkan ucapan takziah dan coretan secebis memori indah daripada kenalan terdekat…









