Macau Scam Mandarin tumpas - Utusan Malaysia

Macau Scam Mandarin tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Ogos – Polis Selangor berjaya menumpas tiga sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang menyasarkan warganegara China dan tempatan sebagai mangsa dalam tiga serbuan di Petaling Jaya, Serdang serta Subang Jaya, antara 3-12 Ogos lepas.


Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah kondominium mewah di Damansara pada 3 Ogos, dengan penangkapan 23 warga China dan rampasan 80 unit telefon bimbit, 20 unit komputer riba, router, boardband serta skrip-skrip dalam Bahasa Mandarin.


“Modus operandi suspek adalah berperanan sebagai operator di ‘call center’ yang menyasarkan warganegara China sebagai mangsa. Kumpulan ini baru sahaja mula beroperasi tahun ini setelah dilatih dan diberi gaji RM3,000 sebulan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan kedua di kawasan Seri Kembangan, Serdang pada 7 Ogos, beliau berkata seramai 23 warganegara China ditangkap dengan rampasan 97 buah telefon bimbit, 15 unit komputer beserta buku dan nota bertulis.


Katanya, kumpulan itu turut menggunakan modus operandi sama dengan berperanan sebagai operator di ‘Call Center’ yang menyasarkan warga China menggunakan aplikasi Facebook dan Wechat dalam bahasa Mandarin. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×