KUANTAN 3 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu memohon maaf atas keceluparan beliau menyamakan persatuan belia dengan ‘macai politik’. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata tindakan Syed Saddiq sama sekali tidak boleh diterima dan dikhuatiri memberi contoh tidak baik kepada golongan muda apabila membuat takrifan seperti itu. Kata beliau, sebagai pemimpin muda, Syed Saddiq sepatutnya menggunakan kaedah lebih baik dengan menyatakan apa…










