PUTRAJAYA 3 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar) menjelaskan, perkataan macai politik yang disebutnya dalam Dewan Rakyat semalam bukan ditujukan kepada semua persatuan belia dan ahli-ahlinya. Beliau berkata, kenyataan itu hanya ditujukan kepada segelintir pihak khususnya pimpinan persatuan belia terbabit. “Saya akui akan peranan besar yang dilaksanakan oleh pertubuhan belia dan yakin masih banyak pertubuhan serta ahli akar umbi yang mendukung agenda perjuangan belia.…










