JAKARTA 21 Ogos – Perenang dari China, Liu Xiang mencipta rekod baharu dunia dalam acara 50 meter kuak lentang wanita untuk memenangi pingat emas dalam Sukan Asian 2018 hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Atlet berusia 21 tahun itu mencatat masa 26.98 saat untuk menjadi perenang wanita pertama berenang di bawah 27 saat dalam acara itu.
Liu, yang digelar ‘Dewi Renang’, menamatkan perlumbaan jauh di hadapan rakan senegara Fu Yuanhui (27.68s) dan Natsumi Sakai (27.91s) dari Jepun.
Rekod lama berusia sembilan tahun dipegang oleh seorang lagi jaguh China, Jing Zhao yang mencatat masa 27.06s dalam Kejohanan Dunia 2009 di Rom, Itali. – AFP











