KOTA BHARU 29 Ogos – Lima lelaki berjaya diberkas semasa sedang menunggu air rebusan daun ketum siap dimasak di sebuah rumah sewa di Kampung Paya Senang, Telipot, di sini, petang semalam. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 6 petang itu, pihak polis berjaya merampas 24 kilogram (kg) daun ketum yang dibalut dalam plastik lutsinar serta empat periuk besar berisi 12 kg daun ketum yang sedang direbus. Kesemua bahan yang ditemukan…










