KLANG – Tindakan lima lelaki menghalang tugas penguatkuasa termasuk membaling air kencing dan tahi lembu membawa padah selepas ditahan semasa Op Roboh – Kandang Lembu dan Kuil di Bukit Tinggi, Bandar Botanik di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, kesemua suspek yang diberkas berusia 24 hingga 59 tahun. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan sepasukan anggota polis membantu Pejabat Daerah…










