KUALA LUMPUR 10 Ogos – Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sekali lagi mengajak peguam kontroversi, Siti Kasim untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Mohd Asri berkata, pihaknya pernah menjemput Siti Kasim untuk hadir ke majlis dialog terbuka tentang isu Islam yang ditimbulkan di Malaysia namum Siti Kasim enggan dengan alasan-alasan tertentu. Menurut beliau, Siti Kasim sekali lagi bising kali…










