Letak jawatan jika tidak mampu tunai janji - Utusan Malaysia

Letak jawatan jika tidak mampu tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 18 Ogos – Anggota Kabinet daripada Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan meletakkan jawatan sekiranya mereka berasa tidak mampu untuk menunaikan janji-janji 100 hari dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Desakan itu dibuat oleh sekumpulan 70 orang yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Pemantau Malaysia Baharu, Gerakan Hak Asasi Manusia dan Sivil Malaysia (Charm) yang berhimpun di lokasi bersebelahan pusat beli-belah Amcorp di sini hari ini.

Ketua perhimpunan tersebut, R. Muralitharan berkata, pihaknya berasa amat kecewa apabila banyak janji dalam manifesto itu tidak dapat ditunaikan, namun akan terus mendesak supaya kerajaan PH tidak bersikap lepas ta­ngan dengan mengabaikan segala janji yang telah ditaburkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak boleh tunai­kan, sila undur diri dan bu­bar­kan Parlimen,” katanya da­lam perhimpunan tersebut.

Hanya dua janji dalam tempoh 100 hari itu telah di­lak­sana­kan, antaranya peman­suhan cukai barang dan per­khidmatan (GST), manakala selebihnya masih dalam proses pelaksanaan.

Antara alasan yang diberikan ialah kerana bebanan kewangan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Namun jelas Muralitharan, pihaknya tidak akan berhenti daripada terus memberi tekanan kepada kerajaan PH sehingga kesemua janji yang dibuat itu dapat ditunaikan.

“Kami seolah-olah ditipu oleh kerajaan. Oleh itu, kita desak mereka tunaikan janji mereka,” katanya.

Jelasnya, perhimpunan ya­ng diadakan seperti hari ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi tekanan kepada kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN