Lembah Pantai ‘lubuk’ jalan rosak - Utusan Malaysia

Lembah Pantai ‘lubuk’ jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – jalan berlubang, beralun, tumpahan sisa konkrit, penutup utiliti terbenam dan tampalan tidak sempurna se­ring menghantui pengguna jalan raya di negara ini, malah menjadi igau­an ngeri bagi mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan disebabkan masalah itu.

Umpama perangkap maut, selain menjadi punca kemalangan dan kesesakan lalu lintas, keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik itu juga mengakibatkan pelbagai kerosakan pada kenderaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Pantai di sini baru-baru ini mendapati semua jenis kerosakan jalan tersebut boleh ditemui dengan mudah di jalan-jalan utama dan lorong di kawasan perumahan di ibu kota.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahkan kawasan perumahan di sekitar Bangsar yang menjadi penempatan golongan ‘elit’ juga tidak terlepas daripada masalah yang sama.

Kerosakan yang berlaku di kebanyakan laluan utama itu secara tidak langsung mengundang persoalan orang ramai terhadap aspek pemantauan dan sejauh mana kesungguhan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan masalah itu.

Justeru, orang ramai mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku PBT yang bertanggungjawab bertindak secara lebih efektif dalam menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN