KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Lorong Haji Taib 2 di sini, awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, dalam kejadian pukul 6.00 pagi itu, pihaknya menemui mayat lelaki berusia 60-an di sebuah bilik di tingkat dua bangunan kedai berkenaan. “Identiti mangsa masih dalam proses dikenalpasti manakala punca dan jumlah kerugian masih…