PARIS 23 Ogos – Seorang lelaki bersenjata menikam mati dua orang wanita yang dipercayai merupakan ibu dan adik perempuannya, selain mencederakan seorang lagi mangsa dalam satu kejadian di sini hari ini. BBC melaporkan, suspek kemudiannya ditembak mati oleh polis yang bergegas ke lokasi kejadian di Trappes. Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut selain mendedahkan suspek merupakan anggota mereka. – AGENSI










