Lelaki maut, rakannya cedera parah selepas Suzuki Jeep rempuh kon simen - Utusan Malaysia

Lelaki maut, rakannya cedera parah selepas Suzuki Jeep rempuh kon simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Suzuki Jeep yang dipandunya merempuh kon simen lalu terbalik di Kilometer 26, Jalan Bintulu-Tatau di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Tiban Lubin, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, insiden tersebut juga mengakibatkan seorang penumpang lelaki berusia 55 tahun cedera parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sebelum kejadian kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke arah Tatau di sini.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Suzuki Jeep berkenaan dikatakan melanggar kon simen yang diletakkan di bahu jalan berkenaan.

“Impak kemalangan itu mengakibatkan kenderaan tersebut terbalik di bahu jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson menambah, siasatan lanjut mendapati tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat, manakala penumpang yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN