Lelaki maut ketika selenggara lampu isyarat - Utusan Malaysia

Lelaki maut ketika selenggara lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan sebuah lampu isyarat di Batu 3 1/2 Jalan Ipoh, dekat sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada orang awam pada pukul 11.50 pagi.

Menurutnya, saksi kejadian memberitahu, mangsa membuat kerja penyelenggaraan di tiang lampu isyarat tersebut bagi pembinaan Transit Aliran Massa (MRT).

“Saksi kemudian melihat mangsa rebah di atas jalan. Lelaki berusia 50 tahun yang bekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan lampu isyarat itu kemudian disahkan maut oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Munusamy berkata, pemeriksaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di lampu isyarat terbabit tidak mengesan sebarang arus elektrik.

“Tiada unsur jenayah dikesan setakat ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini