TANJUNG MALIM 28 Ogos – Seorang lelaki kurang siuman yang juga penagih dadah membakar rumah pusaka ibunya dalam kejadian di Kampung Balun dekat Slim River di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa berikutan penyewa rumah tersebut telah keluar dari kediaman itu kira-kira dua minggu lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, saksi awal di tempat kejadian memaklumkan…










