SLIM RIVER – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman menggemparkan penduduk kampung apabila dia bertindak membakar rumah pusaka ibunya di Kampung Balun di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 40 tahun itu bertindak membakar rumah tersebut sehingga hampir keseluruhannya hangus kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Jelasnya, berdasarkan keterangan saksi awal kejadian, suspek didapati membawa parang dalam keadaan mengamuk dan…










