KAJANG – Seorang lelaki ditemui maut dalam sebuah bilik hotel dipercayai dibunuh dalam satu kejadian awal pagi hari ini di Sungai Chua di sini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, mayat mangsa warga tempatan yang berusia 25 tahun itu ditemui oleh seorang pekerja hotel yang sedang membuat pemeriksaan kira-kira pukul 8 pagi. “Berdasarkan maklumat oleh pekerja hotel tersebut, mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kelmarin…










